Wednesday, September 8, 2010

Kembali kepada fitrah.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alayyk ~

Ramadhan yang penuh barakah sudah semakin berada dipenghujungnya…aku merasakan masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kita semua. Namun, jika kesal akan masa yang tidak akan pernah kembali itu, pasti ianya sia-sia sahaja kerana Ramadhan yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan semula. Apa yang telah kita usahakan disepanjang Ramadhan ini, itulah yang kita akan perolehi di sana nanti..semuanya sudah tercatat dalam buku amalan kita. Berapa banyak amalan yang telah kita lakukan, kemana masa yang digunakan dalam bulan yang mana setiap detik masanya diberkati dan berapa banyak dosa yang masih belum terampun. Persoalan-persoalan ini akan timbul sekiranya kita duduk merenung bermuhasabah. Adakah malam Laylatul Qadr yang kita semua impikan telah menjadi milik kita?

Dikesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam ‘Eidulfitri kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung..semoga kalian berada dalam rahmat kasih Allah swt selalu..ameen



Detik masa terus menginsut
Meninggalkan kita selangkah demi selangkah
Ramadhan yang penuh barakah bakal melabuhkan tirainya dengan penuh kesyahduan...~
Sempatkah kita untuk menikmati Ramadhan berikutnya?

Sehening air wudhu’,
Sesuci Al-Quran,
Semerdu alunan zikir,
Seindah solat lima waktu,
Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
Andai tangan tak sempat berjabat,
Jika muka tak sempat bersua,
Izinkan hati ini memohon kemaafan di atas ketelanjuran kata, tersalah bicara...

Salam Aidilfitri 1431H.
Maaf Zahir & Batin.
Moga bergembira di hari lebaran bersama keluarga tercinta.


Semoga ibadah kita diterima Allah,teruskan berjuang untuk mencapai keredhaan-Nya..!
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكم

ps; ALLAHUMMA balighna ila akhiri Ramadhan…~

0 heart (s):