Monday, September 6, 2010

Hatiku Milikmu - [8]

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.

"Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati...Fika tak nak kehilangan abang lagi,"Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.

"Abang....baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" lidahnya terus merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.

"Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah...di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini..." selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.

"Arghhhhhhhhhhh. Abang...Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.


(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah, aku takut menghadapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan da'wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)



" Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta," Banna menghulurkan sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.

(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)



~KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU~

Kau maukan seseorang

Memenuhi hatimu

Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu

Dulu kau disekat dijaga

Maka kau pun boleh jaga juga

Tetapi kini kau bebas

Tak boleh jaga nampaknya

Satu demi satu tersungkur

Atau sekurang-kurangnya tumbang

Atau sekurang-kurangnya kecundang

Tidak ramai yang boleh jaga

Cinta bermaharajalela

Tiada tujuhala

Ingatlah kau dari sekolah mana

Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi

Kami mempunyai impian

Yang kami mahukan kamu semua memahaminya

Kami mahukan anak-anak semua

Meneruskan kegigihan kami

Menegakkan kalimah itu

Jangnlah leka nak

Janganlah kau ikutkan nafsu nak

Kau belum tahu penanganan dunia ini

Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu

Telah lupakah kau?

Semuanya?

Kan belum lama kau keluardarinya

Di merata tempat

Disana sini

Ramai wakil-wakil kami

Yang ingin membantumu

Apakah responmu semua?

Positivekah?

Atau kau yang mengelak?

Hati Mama luka

Jika kau tidak memikirkan DIA

Dalam melayani nafsu muda yang menggila

Mama lakukan yang terbaik

Kerana mencari kerethoan NYA

Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama

Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu

Anak-anak Mama sayang

Letaklah DIA dalam hatimu

Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA

Bukan cinta kepada dia yang sementara

Yang digelar infatuations

Tidak bermakna

Cinta kepada dia

Jika membelakangkan DIA

-Mama Sal-


Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.

"Terima kasih Mama..." hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang mas'ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.

"Eh, masih ada tulisan lain?" dia mendapati di dalam sampul itu masih terselit satu lipatan kertas.

Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang....



Assalamualaikum...

Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya. Ana keliru dengan kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta.

Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya kepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk nta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul da'wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan nta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah....

Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri ana mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik....

ASIAH YUSRO.



Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelah bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur di pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah. Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam. Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah Allah.

(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Aku yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku? Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih merangkak mencari kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-Mu!)

"Bang Fathil, Fika nak tanya sikit..." Fika berjaya mencari nombor baru handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.

"Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa..." keluh Fathil.

"Abang masih sayangkan Fika?"Fika cuba memujuk Fathil.

"Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau," Fathil bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia keluar dan kembali masuk ke compartmentnya.

"Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewa dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap satu-satunya lelaki di hati Fika," madah berhelah Fika cukup beracun.

" Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadi lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!" Fathil semakin matang.

" Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Aku sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboy kau tu. Saje je nak test tadi...." Fika pula yang mengenakan Fathil.

" Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?" Fathil menyindir. Fika menarik nafas panjang-panjang.

" Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu..." suara Fika kembali dilunakkan.

" Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err abang lagi lepas ni," .Fathil terfikir seketika.

" Boleh percaya ke dengan janji kau!"

" Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!"

" Apa dia?"

" Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?" Fika ingin mencuba mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.

" Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah...kau tak bosan hidup jadi playgirl ke? Aku dah bosan jadi playboy...tak de faedahnya!" Fathil sudah pandai memberi nasihat.

" Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandai pulak suruh orang bertaubat...." Fathil mengakhiri perbualan dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.

" Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je lah,"

" Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar..."

" Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi Muslim,"

" Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,"

" Habis tu, aku ni tak baik?" Umar mengacah.

" Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro' tapi rupa-rupanya gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro' balik. Aku pun tak faham dengan kau," Umar tersenyum. Fathil yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna. Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullah menyuruh berhati-hati memilih kawan.



" Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni," . Fathil mencapai kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.

" Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku sukalah..." . Fathil lantas membelek.


Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari, 

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi...



Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.



Ku sedar, 

Destinasi pencarianku di sini, 

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

~Khazinatul Asrar, Taman Islam~






" Umar, aku pun suka..." Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnya menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk jiwa perempuan sahaja.


0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers