Saturday, September 4, 2010

Hatiku Milikmu - [7]

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lain-lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)

(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)

Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat.

Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.

(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia meletakkannya di dalam beg itu.

(Peliknya...macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)


(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi...mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.

"Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku...

Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu..." Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.


(Handset hilang... Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah...aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.



Tiba-tiba....

"Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.

"Hey, tak boleh sentuh lah!"

"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je," Fika merengek manja.

"Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?"suara Umar meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.

"Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!" Fika terus bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.... Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!".


Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.

"Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha ha..." pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.

"Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi amaran.

"Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha..." Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.

"Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!" Umar mampu berkata 'tidak' kepada nafsunya kali ini.

"Abang..." Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.


Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.

"Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!" Umar melembutkan suara.

"Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang..." tangisan Fika terus berlagu hiba.

(Ahh, aku kena kuat untuk berkata 'tidak')

"Fika, bangunlah..." Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan pujukan.

"Fika, dengar sini...abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah...cinta Allah takkan mengecewakan!" Umar berlalu meninggalkan Fika.


Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.

"Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila..." laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.

(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

"Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang..." Fika menjerit tak keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?

Nantikan sambungannya! ;)

0 heart (s):