Saturday, September 4, 2010

Hatiku Milikmu - [6]

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

"Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia," Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.

"Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,". Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.

~Gambar ihsan - filem Sang Murabbi~

"Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini," Syamil berhujah matang.

"Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?" Faizi menduga.

"Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia," wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.

"Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya,"Banna menasihatkan.

"Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu." Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.

"Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni," sesalan Umar tidak sirna.

"Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,"Syamil tak lupa memainkan peranannya.

"Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah," Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.

"Apa pendapat Dr.?" Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.

"Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami," mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.

"Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?" Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.

"Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?" Masing-masing terdiam.

"Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah.... Ada yang sanggup?"

"Ana!"serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.

"Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?" Dr Azmin membuka minda mereka.


"Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi..." Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.

"Teruskan Hanif..." Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.

"Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya," Hanif mengkritik tanpa berselindung.

(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.

"Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah," Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.

"Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,"

"Nta ni Hanif...kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,"Dr Azmin bersuara.

"Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia..."

"Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,"

"Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan...malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,"Hanif membela hujahnya.

"Siapa?" Dr Azmin ingin tahu.

"Asiah Yusro..." Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak.

(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.

Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.

**********************************************************************************************


Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya.

(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.

(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar...atau kerana Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)

(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggalkan aku)

Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan peribadi mulia Banna?


Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.

"Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik kuliyah ni?" Maziah tersenyum.

"Saya Maziah. Asiah Yusro...hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu," Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat menolong.

"Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?"

(Err, macam ustazah!)

"A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..."

"Err, tak pe lah. Saya..." Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.

"Alah, jangan risau. Dia baik, jom..."

(keranamu Umar...) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.


Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.

"Tak sangka boleh jumpa awak..." Fika memulakan perbualan selepas saling berkenalan.

"Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?"

(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)





"Awak kenal Umar Al-Mujahid?" Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah Yusro.

"Kenal," ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.

"Macam mana boleh kenal?"lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.

"Dia satu sekolah dengan saya dulu,"

"Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot…awak bercinta dengannya?"

"Err...."Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!

"Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awak memang bercinta dengannya,". Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.

(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta...)


Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.

(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?! Mustahil...Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada sesiapa berhak mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Tak mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah.

(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan jadi hak aku!)



**********************************************************************************************

"Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?"

"Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,"

"Mereka lebih penting daripada Fika?". Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap.

"Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,"

"Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?"

"Ya, Fika!" terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.

"Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri..."

"Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?"

"Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajar dia!" hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.

"Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya...untuk kebaikan Fika juga,"

"Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?"

(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)

"Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro’. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!"

"Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik," Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.

(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.



"Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!"

"Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,"

"Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah… Fika rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika..."

Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.


0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers