Friday, November 12, 2010

Manisnya takdir Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika
kamu mencintai-Nya. Kamu akan mencintai-Nya jika kamu
mengenal-Nya. Semakin tinggi darjat pengenalanmu terhadap
Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan semakin
terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya
lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.

Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah
adalah orang yang paling mengenal-Nya. Al-'Uqayli berujar,
'Barangsiapa mengenal Tuhan, ia pasti mencintai-Nya; dan
barangsiapa mengetahui hakikat dunia, ia pasti menjauhinya.' "


[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]



”Wahai manusia, kamu semua adalah FUQARA’ (orang yang selalu berharap) kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”
(Al-Fathir, 15)

ps; dia sedang membina mampu dalam menerusi liku-liku kehidupannya.


0 heart (s):