Friday, November 5, 2010

Ruhul Jadeed! (^^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykk~

Reminder for myself.

[Quoted]

"Jangan risau sangat apa yang orang lain kata.
Kalau kita nak berubah
Maka kita yang berubah
Kalau kita benar-benar nak berubah
Kita akan berubah tanpa menghiraukan apa yang orang lain kata
Dan kita perlu kuat
sebab
Apabila kita nak berubah, selalu orang permainkan kita,
tak percaya dengan kita
Tapi,
Kalau kita kuat, dan teruskan dengan perubahan, inshaAllah
Daripada suka mempermainkan kita,
mereka akan tukar jadi hormat
sebab mereka kagum dengan semangat dan istiqamah kita
Mereka hormat prinsip kita
Bila sudah sampai peringkat itu
InshaAllah lebih mudah
Teruskan semangat ruhul jadid~!"

Roh yang baru. Semangat yang baru. Itu yang amat diperlukan.

*
*
“Bagaimana mahu istiqamah?”

Sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.
[HR Bukhari dan Muslim]

*
Keinginan untuk istiqamah perlu didasari dengan memahami hakikat amalan yang paling Allah cinta;
iaitu pada amalan yang istiqamah meskipun ianya sedikit.

Sungguh,
Syurga itu untuk orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri.

Istiqamah,harus dibina dengan dalaman yang kuat,bukannya dengan luaran.
Kerana hubungan horizontal yang luas perlu ditampung dengan hubungan vertikal yang teramat tinggi.
J

Ps; Zulhijjah semakin mendekat. Ramadhan semakin menjauh.

0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers