Friday, November 19, 2010

.Nota Jumaat.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Petikan Kitab Riyadus Saliheen

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah ta'ala berfirman: Tidak akan ada balasan bagi hamba-Ku yang mu'min di sisi -Ku, di waktu Aku mengambil-mematikan kekasihnya dari dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapatkan syurga."
(Bukhari)

Dari Aisyah r.ha, bahawasanya ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w perihal penyakit ta'un, lalu baginda memberitahunya bahawa, "Sesungguhnya ta'un itu adalah sebagai siksaan yang dikirimkan oleh Allah ta'ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tetapi juga sebagai kerahmatan yang dijadikan Allah kepada kaum mu'minin. Maka tidak seorang pun hamba-Nya yang tertimpa oleh ta'un, kemudian menetap di negerinya sambil bersabar dan mengharapkan keredhaan Allah serta mengetahui pula bahawa ta'un itu tidak akan mengenainya kecuali kerana telah ditetapkan Allah untuknya, kecuali ia akan memperoleh seperti pahala orang yang mati syahid."
(Bukhari)

Dari Anas r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah ta'ala berfirman: Jikalau Aku memberi cubaan kpd hambaKu dgn melenyapkan kedua matanya (menjadi buta), kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Ku beri ganti syurga kerana kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu."
(Bukhari)

"Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al-Baqarah 2:286]
  

MashaAllah, baca petikan dari kitab Riyadus Saliheen ni membuatkan hati berbunga-bunga + air mata bergenang-genang.  :”)
Dan paling penting jangan sesekali biarkan diri mempersoalkan takdir yang Allah telah tentukan buat diri kita. Fahamilah makna SABAR yang sebenarnya. Muhasabah diri selalu, moga di situ bertemu dengan kekuatan yang dicari agar meresap ke seluruh denyut nadi.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 13 Zulhijjah 1431H.
Dan ini juga bermakna 1431H bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
*macam-macam perkara tengah fikir sekarang ni.hukk~moga Allah permudahkan segalanya.aameen.

Eid Mubarak,everyone!
Moga dapat diteladani wanita solehah di sebalik 2 rijal; Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam kisah pengorbanan yang kita hayati,iaitu Siti Hajar
Kumpulkan sepenuhnya ketabahan Hajar r.a dalam segenap ruang hatimu,wahai diri! :')

Jom, bersama-sama membaharui janji dengan Allah untuk terus istiqamah di jalan-Nya, melaksanakan titah perintah-Nya, mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan serta mendaulatkan syariat-Nya.
inshaAllah.usaha2 untuk jadi orang yang HEBAT. :")
*ikhlaskan hati dan diri untuk semua orang!

Aku tinggalkan video ini dalam menghayati erti sebuah PENGORBANAN.

 

Pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk mencapai matlamat..TIDAK ADA PERJUANGAN DI DUNIA INI, KECUALI HARUS DISERTAI DENGAN PENGORBANAN. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah..
(petikan Risalah ta'alim, Imam as-Syahid Hassan al-Banna)


Ps; menulis à bertindak! dan aku semakin belajar sesuatu dari kehidupan ini. tak layak berkata letih, penat etc.*dush 
dan aku makin rindu 'jalan' itu.so, sila baiki hati dan diri.

3 heart (s):

iqbalsyarie said...

menarik sekali :)

silent reader (ARA) said...

waah.
bestnye.kite pun rasa bergenang2 air mata time baca ni.
anyway,hajar ok ke tak ni?
moga terus kuat.post hajar semakin best! ;)

Hamraa' said...

to iqbal:
alhamdulillah.
moga ada manfaatnya,inshaAllah. :)

to silent reader ARA
sape ni eh.
sorry,tak dapat cam.huhu.
alhamdulillah,kite okkay.inshaAllah. :')