Wednesday, December 15, 2010

.di mana diri.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum~

Alhamdulillah.
Sedar atau tidak,kita sekarang dah memasuki tahun Hijr yang baru iaitu 1432H dan hari ni dah memasuki hari yang ke-9 Muharram. Sekejap je rasa masa berlalu.

Bagaimana iman kita saat dan tika ini?
Adakah dengan memasuki fasa tahun baru,
graf iman semakin meningkat atau masih ditakuk yang lama = neutral, without any changes?
atau yang lebih menyedihkan ia semakin jatuh menjunam? nau’zubillah.

è  Reminder for myself.

Hakikatnya, yang perlu kita ketahui.
Muhasabah diri itu adalah PERLU dilakukan SETIAP HARI.
Bukan setiap kali muncul tahun baru, baru teringat untuk bermuhasabah diri.
Tidaklah mengatakan ianya salah untuk bermuhasabah diri, nak tanam azam baru dan sebagainya setiap kali munculnya tahun baru.
Namun, yang TERBAIK adalh pada setiap hari.
Kerana iman itu sifatnya "Al Imanu Yazid wa Yankus.” Bila mampu bermuhasabah diri pada setiap hari, inshaAllah kita mampu menilai di mana tahap diri kita yang sebenarnya. Adakah amal soleh semakin hari semakin meningkat atau sebaliknya.

Sayidina Umar al-Khattab pernah berkata;
"Hisablah (periksalah) diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari akhirat (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari qiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia."

Ungkapan ini memberi peringatan kepada kita betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai alat persiapan yang akan menetukan kejayaan di samping mengelakkan kita daripada penyesalan yang tiada penghujungnya.

Muhasabah diri ini bukan sahaja boleh membantu kita merancang masa depan yang lebih baik,
malah ia akan menginsafkan kita akan betapa pentingnya perancangan rapi itu sendiri supaya dengannya kita dapat menghayati maksud firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.
[Al-Hasyr 59: 18]


Sayidina Umar r.a yang memahami kepentingan muhasabah diri,
bermuhasabah diri pada setiap malam sebelum beliau tidur.
Andai dilihat sepanjang satu hari yang dilalui ada keburukan yang dilakukan, beliau akan merotan dirinya sebagai hukuman di atas kegagalannya membentuk diri menjadi seorang Muslim yang sebenarnya kerana keburukan yang menyebabkan dirinya mengalami kerugian.
Bagaimana dengan diriku?
Bermuhasabah sehingga sedemikian rupa?
Difikir-fikir kembali,
Apakah buku amalan kebaikan yang dicatat oleh sang Raqib adalah penuh utk hari tersebut atau buku amalan kejahatan yang dicatat oleh sang ‘Atid lebih mendahului? astaghfirullah.
Kerana walau sekecil dan seberat zarah sekalipun, sama ada ia kebaikan mahupun kejahatan, ia akan tetap dihitung!

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun."
[Al-Kahfi :49]

Sungguh,
Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Namun, hambaNya yang selalu menzalimi diri sendiri. :(

Koreksi diri kembali.
Dilahirkan sebagai Muslim, adakah diri sudah menghayati makna Islam yang sebenarnya?
Sudahkah menerapkan nilai Islami dalam seluruh aspek kehidupan?
Pada setiap perbuatan yang dilakukan dari sekecil-kecil perkara sehingga yang sebesarnya, telah meletakkan Allah sebagai penilai yang utama?
Sudahkah mampu memahami tiap baris makna ayat-ayat Allah yang tercatat di dalam al-Quran?
Atau sekadar membacanya tanpa sebarang pemahaman.tanpa ada perasaan utk menjiwainya.
Sedangkan Ustaz Farid Ravi Abd yang menjadi Muslim saat usianya sudah menjejak ke tangga usia 18 tahun, begitu mampu menghayati tiap baris makna ayat-ayat Allah, bagaimana dengan diriku?tak ada rasa apa2 ke?malu,perasaan nak improve diri etc kerana lahirnya adaalah sebagai seorang Muslim!
ya Ghaffar, Ighfir dzunubi..

Sharing with Ustaz Fauzi time kuliyyah zuhr semalam, cukup membuat hati tersentuh dan ’tertampar’.
Muhasabah diri EVERYDAY!
Re-check diri selalu.
Siapa kata ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan,and rasa diri dia perfect?
kerana hakikat kejadian kita, kita ini bukanlah nabi apatah lagi malaikat.
Namun,jangan jadikan ia alasan.
*oh,aku bukan nabi mahupun malaikat.tak apalah.aku tak dapat hidayah Allah lagi.tunggulah tahun depan,aku akan berubah.tunggulah,nantilah.masuk 2011, aku dah pasang azam siap-siap nak jadi baik.

Alasan.Alasan.Alasan!
Hidayah itu petunjuk dari Allah. DIA memang dah bagi. kerana pastinya, tanpa hidayah Allah seseorang itu pasti akan tersesat jauh dari landasan kebenaran.
Yang tinggal, perlu di cari TAUFIQ-NYA; iaitu kekuatan.
kerana tanpa taufiq, sia-sialah hidayah yang telah Allah kurniakan buat diri kita.
Dan kenapa nak tunggu sampai tahun baru? Andai Allah suruh malaikat izrail cabut nyawa kita sebelum sempat diri menjejak ke tahun baru? Alangkah ruginya!

Sampai bila akal, hati dan diri masih mahu berada ditakuk yang lama.
Hati dan jiwa dibiarkan kering kontang tanpa ada sebarang inisiatif untuk ‘membasahkannya’.
Jasad dibiarkan terawang-awang tanpa tarbiyyah.
Bagaimana nak jawab dengan Allah nanti?
Dah cukup bersedia ke?
Allahu Allah~

Remember.
RAHMAT ALLAH itu sangatlah luas.
Penuhkan hati dengan sifat ar-Raja’(berharap).
Berharap dengan sepenuh keyakinan pada Allah yang DIA akan mengampunkan segala dosa2 yang pernah dilakukan oleh diri.
Bentuklah diri menjadi seorang muslim yang sebenarnya.
Say SAYONARA to JAHILIYYAH!
Istiqomah itu perlu.

Undeniable, hendak membentuk diri menjadi INDIVIDU MUSLIM amat menuntut MUJAHADAH yang sangat tinggi!
Cabaran dan dugaan yang mendatang perlu diharungi dengan tabah berbekalkan iman dan taqwa yang sangat utuh.
Kamu perlu tinggalkan semua perkara yang menyumbang ke arah ‘pembentukan’ jahiliyyah dalam diri.
Tak ada masa lagi nak main game, baca novel yang melalaikan, tonton drama korea jepun, online berjam-jam (fb, chat, fs etc) dan segala aktiviti yang melalaikan diri.
*Fikir-fikirkanlah ye diri. Setiap apa yang aku lakukan ni,adakah benar2 bermanfaat buat diri?



Barangsiapa hari ini LEBIH BAIK dari semalam, maka dia adalah orang yang BERUNTUNG.
Barangsiapa hari ini SAMA seperti semalam, maka dia adalah orang yang RUGI.
Barangsiapa hari ini LEBIH BURUK dari semalam, maka dia adalah orang yang CELAKA.


Ps; esok 10 Muharram kan? selamat berpuasa! So, please grab this great chance. =) yakin pada janji Allah,inshaAllah.

2 heart (s):

. said...

hajar saang, terima kasih untuk entri ni. nice reflection =")

hamraa' ツ. said...

yah dear.
alhamdulillah.peringatan bersama buat kita semua. :")
lets imrpve ourself.berusaha2 utk menjadi hamba yang TERAIK di sis-Nya.
inshaAllah.

Lilypie Angel and Memorial tickers