Tuesday, June 28, 2011

.soften your hearts.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dalam kita melangkah
Terkadang di uji dgn ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis
Peritnya terasa
Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yangg tersasar dari keikhlasan
Semoga kita tabah & ditetapkan iman


Saat bertafakurnya kita, renungilah ayat ini.

“Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 
(Ali Imran : 26)


.hajarulhamraa.
26 Rejab 1432H

Friday, June 24, 2011

.stay or not.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

“Saya tak dapat terima bila anak-anak usrah saya cakap, ‘saya rasa ‘keringlah’ kak sebab duduk rumah’.”
Betullah kata ukhti tu. Takkan kerana tidak mampu berprogram sana sini, kita mencipta pelbagai alasan yang menampakkan betapa manjanya diri kita yang kononnya sudah berada dalam tarbiyah. Please ingat,  again and again, tarbiyyah bukan untuk orang manja! Teringat di satu ketika yang lalu, pernah bertanya pada seorang akhawat ini, apakah solusinya jika berada di situasi di atas ini. Simple dan menarik.

“Baca lah any buku-buku fikrah,revise lah apa yang dapat dalam daurah terdahulu and usrah ke.then buat notes,power point and paling penting kena faham & ambil ibrah daripadanya.”

See.
Tak susah pun kan? Betapa kalau hati kita bersungguh mahu berada jalan tarbiyyah ini, pasti ada another ways untuk kita mengisi kekosongan dalam hati kita. Tapi, bukanlah nak kata kat sini.

“Oh,kalau macam tu lepas ni saya tak perlu lah nak pergi daurah dan berprogram sana-sini.Camtu?”

Eh, surely TIDAK! Kita perlukan pengisian dan murabbi untuk membimbing diri kita sebab tidak cukup jika hanya sekadar membaca buku-buku fikrah. Kerana itu bukanlah erti tarbiyyah yang sepenuhnya. Usrah, daurah, mukhayyam, mabit etc adalah yang dikatakan in part of tarbiyyah. Bak kata seorang akhwat yang hebat ni,
‘ Part of our dakwah is commit with tarbiyyah.’

So, macam mana nak buat dakwah kalau tak berada dalam suasana tarbiyyah yang sebenarnya? Tarbiyyah itu sendiri merupakan interaksi yang syumul antara pembinaan, binaan dan suasana pembinaan. Nak katanya walau sehebat mana seseorang itu pun, dia mesti ada ‘point of weakness’ kan? Andai kita merasakan tarbiyyah itu hanya cukup sekadar membaca, cuba lihat semula bagaimana tarbiyyah Rasulullah. *dah tahu ke belum tarbiyah Rasulullah itu macam mana? ;)
Even, usrah itu adalah penting dalam nak membina umat Islam yang berkualiti supaya diri rasa terisi dengan yukafihufiddin (kefahaman tentang Islam). Iman yang kuat dan mantap hanya terbentuk bila diri ditarbiyyah. Tak percaya? Lihat bagaimana Rasulullah dan para sahabat diuji dengan fitnahan, hujatan, tentangan mahupun kelaparan tatkala mereka sudah mendapat tarbiyyah dan mahu menyebarkan dakwah Islamiyah itu. Sungguh, orang yang benar-benar mengaku beriman kepada Allah pasti akan diuji untuk melihat sejauh mana keimanan yang dilaung-laungkannya selama ini.

Dan mereka yang tidak mampu bertahan,
“Kalau macam ni lah betapa susahnya nak berada kat dalam tarbiyah ni,lebih baik aku duduk diam.escape.malas nak fikir dah.tak yah nak menahan telinga kena marah,kena halang,duit tak cukup.bla.bla.bla.”
Akan lari meninggalkan jalan dakwah ini. Maka berlakulah intiqa’! nak tertapis ke duhai diri? Ujian yang kau rasakan hakikatnya sangatlah kecil jika nak dibandingkan dengan para Nabi dan sahabat.

Re-check balik niat kita atas dasar apa kita nak berada dalam jalan ni. Apa matlamat yang kita hendak capai, dan kerana apa? Sebab dengan kefahaman yang menyeluruh, inshaAllah kita akan all out untuk achieve matlamat yang kita nak capai tu.  Bersedialah untuk ditarbiyyah!

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa akan pecah..."

Please tadabbur ayat ini ya. [At-Taubah 9:100-114]

.hajarulhamraa.
22 Rejab 1432H

Monday, June 20, 2011

.andai kau memahami.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.




-Credit to HIKARI-

(click for large view)

‘No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.’

Wahai diri dan jiwa yang mahukan ketenangan.
Hidup ini penuh ujian daripada Allah dan semestinya diuji oleh-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya itu. Dan setiap daripadanya akan teruji pada titik terlemah agar titik lemah itu akan dikuatkan setelah diuji. Tersenyumlah. Walau mungkin kau merasakan hidup ini mungkin memenatkan, terasa keseorangan. Yakinilah. Dan terus meletakkan keyakinan yang sepenuh pada-Nya. Kau tak pernah sendirian. Disebalik kesulitan dan kepayahan yang dialami, di situlah kekuatan dirimu yang sebenar. Dalam apa jua keadaan yang kau alami, manis apatah lagi pahit, sesungguhnya itulah yang terbaik dari-Nya. Nyalakan terus menerus iradah qawiyah yang ada di dalam dirimu! Bajai dan teruslah suburkan himmahmu kerana ia adalah permulaan bagi segala sesuatu. Dan biarkan hamasahmu terus membara agar jiwamu tak terperuk kelesuan. Kau tahu, ISHAB pernah mengatakan;

“Kami hanya menginginkan jiwa-jiwa yang hidup, kuat dan muda, hati yang baru nan berkibar, emosi-emosi yang pencemburu, menyala-nyala dan meronta-ronta serta ruh-ruh yang memiliki obsesi, pandangan jauh dan menari-nari yang menghayalkan teladan-teladan tinggi dan tujuan-tujuan agung…”

Dan sungguh, tidak ada bekal yang selayaknya untuk kau bawa melainkan jiwa yang beriman, hati yang suci penuh ketaqwaan pada-Nya dan ketundukan dirimu yang benar-benar mengaku hamba-Nya yang lemah.

Monolog rasa hati;
Terkadang keterasingan itu begitu terasa sekali di bumi ini.
Namun, dia begitu mengharapkan agar langkahnya tak goyah.
Moga impian untuk cita tertinggi itu mampu dikecapi,inshaAllah.
Dan moga kekuatan yang terlahir itu tidak sekadar terlihat pada zahirnya. 
Yang terpenting adalah di dalam jiwa dan hatinya.
-9 February 2011-


Berlari dan terus berlari mengejar cita-cita tertinggi! Kerana aku yakin akan hidup ini, dan keyakinan yang tinggi itu aku tanamkan hanya kepada Allah swt. Moga masa yang mampu mengubati segalanya. Tidak ku meragui untuk membuktikan bahawa betapa indahnya bintang yang terang. Ia bukanlah khayalan semata-mata. Namun, adalah sebuah kenyataan. 
[Andai kau memahami & mengetahui akannya]

Aim!
‘nafsun tudhi’u wa himmatun tatawaqqadu’
(jiwa yang menerangi dan cita-cita yang menyala-nyala)

Ps; Menghitung hari. Moga Allah mempermudahkan pertemuan di antara kita nanti dan agar ianya senantiasa di dalam redha-Nya. inshaAllah.jazakillah ya ukhti fillah. :’)

.hajarulhamraa.
20 Rejab 1432H

Friday, June 17, 2011

.saat redhanya kita.

Salam.

Dengarnya, esok 17 June 2011 result exam last semester nak keluar. Ya Allah,berdebarnya. Moga dikurniakan kekuatan walau apa jua hasil yang diperolehi. Dah berusahakan. So, kena REDHA.
(post ini hasil taipan semalam. 16 June 2011)
=)

Dan Alhamdulillah. Just checking my exam’s result via email. Nak kata apa lagi ya? Allah kurniakan yang TERBAIK untuk hamba-Nya di atas segala usaha yang telah dilakukannya. Jazakumullah buat insan-insan yang telah mendoakan kejayaan buat diri ini. Moga langkah akan terus melaju lepas-lepas ini, inshaAllah.

Quoted from somewhere. Jazakallah!
                    
Orang beriman melihat hari di hadapannya sebagai kesempatan untuk meraih cinta dan ridha Allah serta untuk mendapatkan Surga.  Untuk itu dia perlu bekerja keras melakukan pekerjaan yang baik.Bagaimanapun sibuknya, dia tetap waspada agar tidak lalai dari mencari ridha Allah.  Dia meneladani doa Nabi Sulaiman AS, sebagaimana difirmankan dalam ayat ke-19 Surat An Naml, dengan harapan bahwa Allahakan memberinya petunjuk dalam kegiatannya sepanjang hari:

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadakudan kepada dua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlahaku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh. " (An Naml, 27:19)

Ps; Dan pertolongan Allah itu sungguh dekat. Saat iman down seketika, dikirimkannya beberapa perkara yang berharga. Alhamdulillah. *jazakumullah. :’)

.hajarulhamraa.
15 Rejab 1432H

Thursday, June 9, 2011

.semangat besar!.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Barang siapa yang membunuh masanya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, kerana  waktu adalah kehidupan itu sendiri.
(ISHAB, 1938)

Cuti semester masih berbaki lebih kurang 93 hari. Berapa banyak buku yang sudah dikhatamkan ya?
*Buku-buku fikrah, non-fikrah (but still can gain something from there,inshaAllah.) 
Dan sekurang-kurangnya sudah khatam al-Quran sekali.(?) hurm.
Bak kata Dr Solah Abdul Fatah;
“Hendaklah setiap muslim membaca al-Quran dengan tartil – satu juzu’ sehari. Sehingga dia dapat mengkhatamkan al-Quran sebulan sekali. Inilah batas minimal bagi seorang muslim.”
*means, at least dapat khatam sebanyak 4 kali sepanjang cuti ‘summer’ yang panjang ini?Allahu Allah. Jangan beralasan lagi ye diri.

Nak katanya cuti ini adalah untuk me’recharge’ iman dan please berusaha untuk maintainkannya. Nanti cuti dah habis,sudah masuk study week barulah nak menyesal segala?uh. So, carilah sumber kekuatan. mendekatlah. kalau rasa sudah terlambat, ayuh berlari dan terus berlari! Tersadung,terjatuh. Bangkit semula!*refleksi iman.plis keluar dari comfort zone ye.usaha,usaha. Time ni  lah berusaha untuk mencari kefahaman islam sedayanya kerana;
'Sesuap kefahaman islam dan kenaikan iman walau mungkin cuma 1mm, adalah tersangat berharga dari segala-galanya!'
-k.h-

“Hanya syahid menjadi rehat kita. Antara amal dan kata-kata ada suatu jurang yang besar.”
[kata-kata ini sungguh menggugah jiwa!]

Dan sekarang ini sudah masuk 7 Rejab 1432H. mari panaskan otot-otot dan stamina kita agar mampu memecut dengan derasnya ketika Ramadhan tiba nanti,inshaAllah.usaha,yok!
*Ya Allah,sampaikan aku dan mereka yang menanti Ramadhan kali ini. Amen,ya Rabb. :’)

Ps; jangan beralasan untuk bermalas-malas lagi.

.hajarulhamraa.
7 Rejab 1432H.
Lilypie Angel and Memorial tickers