Tuesday, February 2, 2010

Do We Really Need it?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Kelmarin ketika sedang menemani kakak saya ke Bukit Jalil, saya menerima kiriman sms dari seorang adik junior ketika di Arau dahulu. Selepas berbalas sms dan bertanya khabar, tiba-tiba saya ditanya satu soalan;

“Kak, perlu dan pentingkah usrah di dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim? Dira(bukan nama sbnar) ni namanya ex-sekolah agama, tapi tak pernah aplikasi apa yang dira pernah belajar time sekolah dulu..Dira malulah kak.. ”

Ketika itu terselit pelbagai persoalan dihati saya. Apakah yang membuatnya berubah kerana si adik yang bertanya adalah seorang yang agak ‘bersosial’ semasa saya mengenalinya suatu ketika dahulu. Sambil tersenyum, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah,alhamdulillah. Allah telah membuka pintu hatinya kearah kebaikan. Itulah Allah, Dia pemilik segala hati manusia. Dia berhak memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia berhak menariknya kembali seandai hamba-Nya, masih berterusan melakukan kejahatan dalam hidup.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik.”

(Al-Ankabut:69)

Kita semua memang sentiasa mengharapkan yang terbaik. Walau apa pun, kita selalu dan sentiasa berdoa yang terbaik. Sehingga kita kadang-kadang lupa adakah kita berhak untuk mengharap yang terbaik. Namun, kita hanya manusia biasa, yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan walau sekelumit zarah sekalipun. Kerana iman yang diumpakan seperti senipis kulit bawang, bila-bila masa sahaja akan rapuh andai tidak dijaga dengan sempurna. Dan kerana itu jua lah kita perlukan makanan buat rohani kita yang sering kegersangan tanpa dibajai rasa bertuhan..’Feeling in God’..

Apakah kita mampu tersenyum bahagia di’sana’ andai ladang hati kita sering sahaja kering kontang sahaja di’sini’ tanpa panduan? Seringkali, apabila menghadapi pilihan di dalam kehidupan, kita terkadang menangkan nafsu. Nafsu yang akhirnya membawa kekesalan di dalam hidup. Pilihan di dalam kehidupan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kejahatan. Memilih antara pahala atau dosa, nikmat atau azab dan maksiat ataumakrufat. Dan juga memilih untuk memenangkan iman atau tunduk kalah pada desakan hawa nafsu dan syaitan.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menganiyai hamba-hambaNya tetapi diri kita sebagai manusia yang memilih untuk menganiya diri sendiri. Tidak mahu beriman, tidak mahu melakukan amalan soleh dan kekal gemar untuk terus melakukan dosa dan kesilapan di dalam hidup,inilah manusia-manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Wahai orang yang masih berterusan melakukan kejahatan dan kemaksiatan tetapi belum merasakan akibatnya,apakah engkau mengira bahawa itu bererti Allah telah melupakannya?

“Pengetahuan tentang itu ada di sisi Rabbku, di dalam sebuah kitab, Rabb kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa.”

(Taha: 52)

Dan kerana itu jualah sebagai manusia yang beriman, namun sedang berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan di medan pertempuran ini, kita sangat memerlukan panduan. Agar kita semua tidak tersesat dan terus tersasar sehingga menyalahkan Allah swt. Seandainya telah tersasar dari jalan-Nya, yakinilah masih ada jalan untuk pulang.

Demi Allah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersedia meninggalkan kemaksiatan.

“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Ar-Ra’ad:11)





What is the importance of usrah and how could the usrah become one of the most effective way of dakwah.

After I joined the usrah, then I know it’s nothing to be afraid of. Honestly, before this my perception towards usrah is just only for 'orang baik-baik' and for those which wear 'tudung labuh'. *saya juga memakai tudung dan pastinya masih menutup aurat dengan menutupi segala apa yang patut ditutup, namun tidaklah terlalu labuh.* Or maybe you think that after you join usrah, then you must change, cannot do anything wrong, must be perfect. Oh, please my friends throw away this kind of thought. Saya bercakap selepas saya merasai apa itu usrah.

Alhamdulillah, tahun lepas Allah bukakan pintu hati saya untuk mengikuti usrah. Usrah yang diikuti setiap hujung minggu bersama makcik2..di kampus,masih belum berkesempatan. Saya tahu, rohani saya sudah lama kering kerana tidak diberi makanan yang mampu untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang hamba yang diredhai-Nya. Mengikuti usrah,pelbagai ilmu dan perkara yang saya peroleh. And what most important is, I have a better understanding of Islam. Betapa di saat pertama mengikutinya, saya terus jatuh hati dan menitiskan air mata kerana selama ini saya sedar betapa kurangnya ilmu di dalam dada saya. Dua dekad yang telah berlalu di dalam kehidupan dirasakan seperti sia-sia sahaja kerana tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya!. Namun, saya yakinkan diri dan memanjatkan rasa kesyukuran saya kepada-Nya kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Andai tiada hari esok untuk saya, ya Allah, tentu betapa ruginya diri ini!

“And if We had willed,surely! We would have given every person his guidance..”

(As-Sajadah:13)

Usrah is for everyone. Again, for EVERYONE~. No matter who you are, no matter how good or bad your attitude, no matter where are you come from, no matter how ‘labuh’ your scarf or cloth, it doesn’t matter. The most important thing is that you want to learn about Islam, you want a better understanding of Islam and you want to be closer to Allah.

We should improve,right?

Maka, di sinilah peri pentingnya usrah. Melalui usrah, keyakinan kita pada Allah dapat ditingkatkan.. walau terkadang hanya dengan sepotong ayat, usrah itu mampu untuk kita mentarbiyah diri kembali yang terkadang lalai dan leka dari mengingati Allah. Dalam kita sibuk mencari ilmu dunia, dalam kita sibuk mengerah keringat mencari rezeki dan dalam kita sibuk mengejar cinta duniawi, kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa kita hanya punya masa yang terlalu singkat untuk menjalankan kewajipan yang sebenarnya di atas muka bumi pinjaman Allah ni.

Pernah tak kita muhasabah diri. Tanyakan pada diri. Apakah yang telah kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada Allah s.w.t. adakah segala yang kita usahakan selama ini adalah kerana Allah semata-semata ataupun niat kita hanya untuk kepentingan diri sendiri, untuk memenuhi impian ibu ayah dan adakah untuk mendapat pandangan manusia yang lain.

Pendek kata, apa jua segala urusan, mungkin kita tak pernah sekalipun diniatkan kerana Allah. Na’uzubillah. Moga dijauhkan kita daripada berkeadaan sedemikian. Setiap hembusan nafas, naik dan turunnya adalah dalam perkiraan Allah Yang Maha Agung. Apa jua fitrah kejadian yang telah Dia ciptakan buat kita seperti hidung yang mancung, mata yang bundar, kulit yang mulus dan apa saja yang kita miliki adalah hak Allah semata-semata. Bersyukurlah! Apa sebenarnya yang ada pada kita? Ingat lagi kah kita saat kita dilahirkan ke dunia? Terlalu lemah,amat dhaif. Langsung tak berkemampuan untuk memberi nama sendiri, memanggil orang lain, apatah lagi untuk menyuapkan sesuap nasi bagi mengenyangkan perut sendiri. Semuanya memerlukan bantuan.

Hebat penciptaan Allah, kan? Dari setitis air mani yang hina, kita dijanjikan sebagai khalifah mulia di muka bumi. Untuk menjaga seluruh alam dan bukan untuk memusnahkannya. Sebelum di bawa melihat dunia, kita berjanji kepada Allah swt untuk menjadi manusia yang terbaik saat roh ditiupkan ke dalam jasad..namun, apa yang terjadi sekarang? Dimanakah kita telah lemparkan janji-janji yang lalu?Janji kita kepada Allah~..(-_-)..kita terlalu mengejar keduniaan. Kita biarkan nafsu mengatasi iman. Kita baca dalam akhbar, kita dengar dalam radio, kita tengok dalam TV, manusia masing-masing berbunuhan. Dan kita sendiri mungkin terkadang hilang pertimbangan dalam agama dan kehidupan. Menganggap remeh temeh akan hukum-hakam Islam. Maksiat bagaikan suatu kepuasan yang nyata. Dosa sudah tidak diambil kira. Kenapa begitu? Adakah istilah kasih sayang sudah hilang dalam pertimbangan manusia? Adakah kita terlupa bahawa kita masih ada sebuah kehidupan yang perlu di lalui selepas ini? Di sinilah pentingnya peranan jemaah di dalam sebuah usrah. Ingat-mengingati...

Usrah yang mana maksudnya adalah keluarga. Dalam usrah inilah kita mahu persaudaraan sesama umat islam kembali terjalin. Ada rasa mahabbah, ada istilah ukhwah, tafahum, ta’awun dan pelbagai lagi. Dan dari sini jualah usrah dapat membantu kita yang mungkin terlupa setahun pada Allah, sedangkan Allah tidak pernah lupa pada kita walau sedetik pun.

Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah.

"Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)

(Al-Ahzab:39)


  • Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.
  • Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
  • Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
  • Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt.
  • Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan perjuangan.
  • Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.




p/s: Nota buat diri yang sering lalai dan leka!.sekadar berkongsi apa yang diketahui...

1 heart (s):

Anonymous said...

salam,kak hamraa'..thanks for sharing this!..insyaAllah lia balik malaysia bulan ogos nanti sampai september..see u then!really miss u~

-sy.aleeya-

Lilypie Angel and Memorial tickers