Monday, January 18, 2010

~Nilai Cinta Menurut Al-Quran..♥..~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~

Bila mentafsir soal cinta, mari kita melihatnya dari sudut Al-Quran..pasti akan dilihat dan terasa keindahannya..~inshaAllah..

" Sesungguhnya apabila seorang mukmin beriman kepada Allah dan imannya kukuh, maka dia akan merasa takut kepada Allah swt..Apabila dia merasa takut kepada Allah, maka dari rasa ketakutan ini dia akan merasakan betapa besarnya kehebatan Allah swt serta keagungan-Nya..dan apabila rasa mengagungkan Allah ini sudah mantap, maka dia akan selalu taat kepada-Nya..Apabila dia selalu mentaati-Nya, maka akan timbullah pengharapannya..Jika dia berharap kepada-Nya, maka akan timbul rasa cinta..Dan apabila cinta ini telah kukuh, maka akan timbullah rasa rindu..Bila telah timbul rasa rindu, maka timbullah rasa tenang..Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram, maka sama ada siang mahupun malam, sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan, dia akan selalu merasa nikmat cinta ♥ itu..."

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”
(Al Dhariyat 51: 56)

By:Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  • Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
    “Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”
  • Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.”
(Al Ahzab:72)

p/s: wah~..hajar..banyaknya mentafsir soal cinta..ya Allah,berilah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini..pimpinlah daku dan janganlah diriku dibiarkan terpaut pada cinta nafsu..~

0 heart (s):

Lilypie Angel and Memorial tickers