Wednesday, January 6, 2010

Syukran Ku Lafazkan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykk~


Alhamdulillah. Penantian saya sudah berakhir semalam. Hati berdebar usahla dikata! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebaik2 perancangan saya sebagai manusia,namun Allah lagi punya perancangan Maha Hebat utk diri saya. Sebelum mendapat keputusan itu, hanya tawakal dan redha yang saya sisipkan di dalam hati saya. Kerana saya tidak pernah meletakkan apa2 harapan pada perkara yang sy tidak nampak lagi dan apatah lagi sejujurnya keyakinan saya terhadap situasi itu amat rapuh sekali. Alhamdulillah, buku ‘La Tahzan’ dari Dr ‘Aidh Abdullah Qarni benar2 banyak membantu saya utk tabah,sabar dan redha walau apa jua keputusan yang akan saya terima . tidak putus2 saya berdoa moga Allah memberi keputusan yang terbaik utk takdir kehidupan diri saya kerana apa yang saya letakkan sebagai kehidupan saya sekarang ini hanya keredhaan Allah semata..seperti doa dalam istikarah yang saya lakukan saban waktu. “…Ya ALLAH, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini_______baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku.Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa urusan tersebut buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusanku, maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya. Dan taqdirkanlah kebaikan bagiku di mana saja adanya lalu jadikanlah hatiku meredhainya.”..


Dan sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui yang terbaik utk kehidupan saya. InsyaAllah segala keputusan yg saya terima adalah yang terbaik dari-Nya utk diri saya..sementara menanti, mulut saya tidak henti2 berzikir, Ya Mujib,ya Mujib…Ya Latif,ya Latif…Ya Quddus,ya quddus…etc3..sesungguhnya berzikir dengan nama2 Allah ini benar2 mmbantu saya di dalam saat ‘kecemasan’ ini. Tapi perlulah diamalkan selalu dan bukannya hanya ketika terdesak sahaja! Alhamdulillah, saya amat bersyukur~..saya kuatkan hati sya dengan mengucapkan kata2 positif..”hajar,put ur trust n believe in Allah.He knows everything.Just let Him arrange the rest after u already done ur very best!


Sejujurnya, keputusan yang diterima adalah tidak seprti yang saya jangkakan kerana saya rasakan saya seperti tidak layak utk mendapatkannya. Sebelum ini, saya jangkakan dan terkadang seperti mengharapkan sesuatu yg teruk!Dan kerana itu jualah saya mohon Allah berikan kekuatan untuk saya redha bagi setiap keputusan yang saya terima. Saya tidak akan mengeluh dan cuma mengharapkan sesuatu yang terbaik di dalam hidup saya. Teringat saya pada satu ayat dari surah al-Baqarah..ayat 216..yang mana firman Allah menyatakan;


"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


Sesungguhnya,apa yang saya dapat hari ini saya mohon pada Allah agar ianya amat baik bagi Allah utk diri saya di masa akn datang kerana selepas mengetahui segalanya,terkadang saya seperti takut utk menghadapi masa hadapan yg bakal mndatang dipenuhi dengan cabaran itu.. Namun saya tahu, Dia lagi Maha Mengetahui segala-galanya kerana ini adalah yang terbaik utk diri saya. Saya letakkan keyakinan yang sepenuhnya hanya pada Dia! Kerana rezeki saya masih ada disitu~..alhamdulillah,ameen..itulah yang sebenarnya. Tiada siapa yang dapat menghalang-Nya kerna Allah masih mahu saya melangkah dalam perjuangan itu. Syukran Ya RabbulIzzati. Air mata menjadi saksi segala2nya...(-_-)


Dan penantian saya itu sudah berakhir. Alhamdulillah. Dan sesungguhnya saya redha. Bila redha,hati mudah menjadi tenang. Kehidupan yang dilalui penuh cabaran. Bersyukurlah..kerana masih diberi peluang. Biarlah yang telah terjadi,yg lepas2 saya ikat dengan rapi di dalam kotak memori saya. sama ada yang baik atau yg buruk, saya jadikan setiapnya pengajaran yg amat berguna di dalam hidup saya. Azam baru di tahun hijrah 1431 dan juga masihi 2010 ini, saya mahu membuka lembaran baru buat diri saya sendiri. Saya harus berpijak dibumi Allah yang nyata! Manusia mana yang tidak pernah dirundung kesedihan dalam hidup? Saya juga tidak terkecuali. Tahun 2009 adalah zaman yang meninggalkan byak memori buat saya. Dan kehidupan hari ini mesti diteruskan. As my sister said, ‘Life must go on. Just face any challenges you gt. Please don’t running away from ur faith!’..saya petik kata2 dr seorang insan;


Kebahagian itu umpama mengutip serpihan bola kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak,ada yang sedikit. Tidak seorang pun yang akan berjaya mengutip semuanya. Manakala semasa mengutipnya, pasti ada yang akan terluka.


Jadikan pengalaman lalu sebagai titik mula rujukan untuk cemerlang di hari mendatang!insyaAllah..~..


Apakah pengajaran disebalik persoalan di atas?Ya, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dengan akal,manusia diberi kepercayaan untuk menilai yang mana baik,yang mana buruk. Tetapi sebijak manapun akal,kemampuannya tetap terbatas. Tidak mengapa jika akal belum nampak akan kebaikan sesuatu hukum Allah. Tetapi itu bukanlah beerti hukum Allah itu tidak baik.Tetapi,akal manusia yang tidak mampu melihat akan kebaikan itu. Sepertimana kita tidak mampu melihat seluruh bintang di langit,bukan kerana bintang itu tidak ada atau tidak bercahaya,ttp pandangan kita yg dilindungi awan atau mata tidak berupaya melihat kerana kejauhan. Begitu juga hukum Allah,tentu ada kebaikan yg menjadi sebab setiap perkara itu berlaku..~


Syukran punya ibu yg banyak memberi kata2 nasihat bila hati menjadi walang~...Semoga perjuangan kehidupan selepas ini akan diteruskan dengan penuh azam dan keyakinan...janganlah bersedih lagi duhai hati..La Tahzan!..diberi peluang dan kesempatan ini pun sudah benar2 membahagiakan diri saya...berdoa dan terus berdoa....ambil setiap perkara yg terjadi sbg pengajaran PALING BERGUNA dalam hidup...apabila ditimpa musibah dan ujian hidup,hadapilah dengan tenang..ape yang terjadi moga2 dapat menjadi kifarah daripada dosa yang lepas2...ameen...jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan itu tak selamanya indah...terkadang tersungkur sehingga pedihnya terasa amat perit sekali..namun yakinilah,selagi kita berharap dan kembali semula kepada Allah,insyaAllah segalanya akan menjadi mudah selepas itu...(^_^)..

"Ya Allah,berilah pahala bagiku di dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik."

p/s: syukran buat mereka yang mendoakan yang terbaik utk diri saya..(esp my beloved family..)..alhamdulillah..from here i learned something about human..uh~..really hurted with some people..please..when u feel hepi about others bad or sad side,u have to think back..everything in this world now,like have a 'Karma' rule..Allah see everything..~..honestly, i never pray about it..but just do remind with some people...and hajar,please be alert with these type of people..(-_-)..Allah knows everything..

thanx also for Dr Hamzah and..(sory for the rest which i dont know who are they..) because they gave me some advces that really impressed me,myself..inshaAllah,i'll remember it till da end of my life!...hope I'll be somebody that can give something for my ummah..Sekali langkah tersadung bukan bermakna saya akan terjatuh dan terduduk buat selamanya.

Anyone who seeks Allah will surely find him.
-Shaykh Abdul Qadir Jilani-

Ameen~...

0 heart (s):