Friday, January 15, 2010

Bersyukurlah~


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykk~


Hope all the readers stay in a good health,still can go on with your life..doing a good deeds and be a nice slave for our Almighty,Allah swt..inshaAllah...actually I just heard the usrah about 'Alhamdulillah' from Dr Fatma ElZahra..Sometimes we as a Muslim don't realise words we say everyday when we get something in our life especially the great one,is it all that praise only for Allah?..

Bersyukurlah sentiasa di dalam hidup ini..dalam apa jua nikmat yang Allah kurniakan,say Alhamdulillah..selalu..inshaAllah dengan sentiasa bersyukur,hati pasti akan tenang;suci jiwa,suci hati dan pastinya tidak akan ada perasaan dengki dan tamak haloba serta mudah tak puas hati bila kita lihat ada insan lain yang Allah kurniakan nikmat lebih dari diri kita..dan sesungguhnya janji Allah pada hamba2-Nya yang sentiasa bersyukur ini,akan ditambahkan lagi nikmat buat dirinya..jadi apa yang perlu dirisaukan serta berasa kecewa bila melihat ada orang yang lebih kaya daripada kita.?..so,if nak jadi manusia yang sentiasa bersyukur terhadap Allah swt,bandingkan kehidupan kita dengan orang yang kurang daripada kita dan bukannya dengan orang yang lebih daripada kita..bandingkan hidup kita dengan orang yang lagi miskin daripada kita..dari situ pasti akan lahir rasa bersyukur di dalam hati kita..as a simple thing,compare our life now in our nice and peace country;malaysia with palestine..renung2kan..betapa berbezanya kenikmatan,kesenangan yang kita terima sekarang berbanding mereka disana..terkadang bila merasa makanan yang tidak sedap,kita dengan sesuka hati membuangnya..tapi bayangkan saudara kita di palestin sana..betapa sukarnya mereka untuk mencari sesuap makanan..mungkin ada yang merasakan,kenapalah nak bandingkan sampai ke palestin..okay,cuba bandingkan kehidupan anda sekarang,dengan kawan2 yang hidupnya lebih susah dari diri kita..adakah kita bersyukur?fikir2lah..

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nahl:18)

Jangan sesekali kita kufur dengan nikmat yang Allah kurniakan di dalam kehidupan kita. Bersyukurlah!kerana apabila bersyukur,pasti kita akan ikhlas di dalam apa jua tindakan yang kita lakukan dan perkara pokok yang paling penting adalah amal ibadah akan menjadi ikhlas. Jika kamu engkar akan nikmat Allah, pasti berbagai masalah yang akan menimpa dirimu...Allah telah memberi peringatan seperti yang telah tercatat dalam Al-Quran pada surah Saba'..Saba' adalah negeri yang berada di Syam. Ia dinamakan surah Saba' kerana kandungannya ada menceritakan tentang perihal penduduk Saba' (Yaman Tua), kisah penduduk Saba' ini diceritakan oleh Allah pada ayat 15 sehingga 21...ini adalah contoh kaum yang tidak mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah..

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun"
(Saba':15)

"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara."
(Saba':16)

Dan apabila diperhatikan pada akhir Surah Saba' ini, Allah SWT menggambarkan keadaan orang-orang yang bersalah pada hari Kiamat. Mereka kelihatan cemas takut dan gerun gementar apabila menyaksikan azab sengsara yang disediakan oleh Allah untuk mereka. Semasa mereka diseret untuk menerima balasan dari Allah (atas perbuatan jahat mereka), mereka berkata "Kami sekarang beriman...." tetapi pengakuan mereka demikian tidak ada gunanya, kerana tempat beriman ialah di dunia, sedang (pada waktu itu) mereka telah terpisah dari dunia yang fana (tidak terus berkekalan) dan tidak mungkin mereka dapat kembali lagi melainkan dengan izin Allah.

Di dalam surah al-Qalam, ayat 17-32 ada jua tercatat bagaimana nasib mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt, dimana pemilik-pemilik kebun menerima azab di atas kekufuran mereka terhadap nikmat Allah...walaupun hasil yang mereka dapati daripada kebun itu mampu untuk menolong orang2 miskin namun mereka telah berniat untuk menghalang orang2 miskin itu daripada memasuki kebun mereka...betapa Allah memberi balasan dan azab di dunia lagi,tapi azab di akhirat adalah lebih dahsyat lagi...Jadi selagi diberi kesempatan nikmat usia oleh Allah swt ini, kembalilah semula kepada-Nya andai sudah tersasar arah jalan..jangan sehingga nyawa sudah sehingga ke penghujungnya baru mahu memohon taubat dan keampunan dari-Nya..tidak ada manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan dalam hidup walau sekecil zarah sekalipun..namun bila memperolehi peringatan untuk dijadikan pengajaran dalam hidup,janganlah sesekali mensia-siakan peluang yang diberikan oleh-Nya..

Dont compare your life with others! kerana kita tak tahu perjalanan hidup mereka bagaimana..contohnya,kalau dilihat orang yang lebih kaya daripada kita tak semestinya mereka bahagia dengan kehidupan mereka kerana mungkin dari sudut yang lain mungkin mereka ada masalah sperti masalah kesihatan..dan mereka yang hidup dalam kemiskinan adalah mereka yang sengsara..tidak semestinya..jadi bersyukurlah dengan apa yang ada pada hidup kamu sekarang~..Alhamdulillah..

Perkara paling penting adalah mengetahui 3 rukun syukur:

  1. Mengaku nikmat
  2. "Tahaddus Binni'am"..*contohnya.,syukur ya Allah saya tidak pernah sakit dan mampu membantu ayah dan ibu saya yang telah tua di kampung..
  3. Gunakanlah nikmat yang dikurniakan untuk taat..*kaya-bersedekah

Jikalau ada nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan lebih pada diri kita,tidak salah untuk kita memakai pakaian yang cantik2 misalannya..janganlah dengan memberi alasan untuk zuhud dengan memakai pakaian yang compang-camping..Allah pun tidak suka dengan cara begitu kerna Dia telah mengurniakan sesuatu yang mampu kita perolehi bagian yang lebih elok..Dan untuk sentiasa rasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan di dalam hidup kita, amalkan doa ini setiap kali selepas solat..

"Allahumma 'Ainni 'Ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatika"

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta melakukan ibadat yang terbaik buat-Mu..

InshaAllah..pasti menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas tiap nikmat kurnia-Nya..

~Nak jadi baik,semua daripada Allah..inshaAllah..^_^..~

::Never loose your..you'll find the way,inshaAllah..He will always by your side::

0 heart (s):